Saturday, 22 December 2012

hukum sambut perayaan krismas


hukum sambut perayaan krismas

sepertimana yg kita tau...beberapa hari lg perayaan krismas akan muncul..semua kaum2 yg beragama krisitan akan menyambut hari krismas ini...lebih2 lg kalau berada di negara barat..ini merupakan sambutan utama bg mereka..tidak lupa juga negara Islam sperti Malaysia..juga nampak meriah dgn sambutan krismas ni..pegilah mana2 shopping complex,hotel2,dan juga tempat2 tumpuan umum.tidak lupa juga dgn media2 seperti TV..pasti meriah skrng ni...berbalik kepada kita yg beragama Islam.ade dikalangan kita yg mengucapkan merry christmas kepada kenalan atau rakan2 serta menyanyikan lagu jingle bells..ade juga yg menukarkan ring tone hp dgn lagu2 krismas....adakah boleh kita turut merayakan hari krismas ini..???.nk tau tekan readmore



Agama Islam adalah agama yang menjaga hubungan antara umat manusia di dunia ini. Disamping menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim antara kaum kerabat dan kaum muslimin seluruhnya juga dianjurkan dalam membina hubungan dengan orang yang beragama lain.

Dalam surah An Nisaa ayat 36 dijelaskan maksudnya: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....".

Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).





Fatwa MUI (Majlis Ulama Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan hari krismas atau natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan akidah umat Islam.

Inilah fatwa yang jelas yang boleh kita jadikan sandaran untuk memutuskan sikap umat Islam terhadap perayaan-perayaan umat bukan Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulama Indonesia jika kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya.
Kedua: kedudukan hukum berubah bila melibatkan pemimpin negara; ada unsur kejiranan, teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka; Fitnah akan timbul jika pemimpin Islam tidak menjengok muka ke rumah terbuka kaum bukan Islam; atau si muslim yang tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaannya; Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.
Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau ialah:

Pertama: Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka" - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).

Kedua: Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak sekeras-kerasnya sikap itu. 





Secara umumnyer:

Hari Krismas; haram menyambutnya bersama dengan orang Kristian dengan penyelewengan akidah mereka seperti menyanyikan lagu krismas dan lain2 lagi namun untuk mengunjungi jiran atau teman sepejabat yang beragama kristian adalah harus demi maslahat dakwah dan menolak mudharat fitnah kita tidak meraikan perpaduan nasional tetapi apabila kita menghadiri majlis/sambutan perayaan krismas tidak perlulah kita memakai atau mengenakan pakaian mahupun aksesori seperti topi salji dan lain2 lg kerana kita hanyalah sekadar melawat dan bukanyer menyambut perayaan mereka..cukuplah dengan pakaian yg sopan dan menutup aurat,,

nak tau lebih details...jenguk sini halaqah.net  dan www.bicaramuslim.com

psstt : walaubagaimanapun semuanye bergantung kpd NIAT anda,,perbetulkanlah niat anda dalam melakukan sebarang aktiviti..WALLAHUALAM....

2 comments:

  1. gud..lagipun sambutan krismas mmg x elok..nice entry..

    ReplyDelete
  2. ye..x boleh nak ikot dorng..akhirat nnt tergolong sme..na'uzubillah :(

    ReplyDelete